Thursday, 21 September 2017

Gambar aktiviti









Keperluan Bulanan PKAKPP

KEPERLUAN BULANAN  PKAKPP
BIL
JENIS PERBELANJAAN
JUMLAH ( RM )
1
Bil Air ,Letrik,Telefon (P)
RM2,000
2
Makan Minum 
RM3,000
3
Keperluan Asas  ( Sabun dll )
RM500
4
Pengangkutan
RM1,200
5
Pengurusan Rumah
RM1,000
6
Perubatan
RM1,000
7
Kebajikan staff
RM1,000

JUMLAH
RM9,700

SUMBANGAN YANG DIPERLUKAN
Kenderaan (sangat diperlukan)  :  Van 12 -15  seater dan MPV
Barangan Elektronik :  Mesin Basuh Heavy duty ,Penghawa Dingin 1.5HP,                                                                                 Penapis Air,Portable P.A System
                                         
Tajaan : Ekspedisi,Rehlah ,Kem Motivasi
Haiwan Ternakan : Ayam , Arnab ,Burung
Barangan Dapur : Gula ,Susu ,tepung ,Beras ,bawang Dll


                                            PENGURUSAN SUMBANGAN 
                                               Sumbangan Melalui Akaun -:


   PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK KESAYANGAN 


PULAU PINANG
                                                  MAYBANK  5571 3924 8942
                                   

     "Barangsiapa ingin doanya terkabul daan dibebaskan dari kesulitan hendaklah                                           dia mngatasi (menyelesaikan) kesulitan Orang lain "

                                         (Hadis Riwayat Imam Ahmad)



Profile PKAKPP

PENGENALAN
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK KESAYANGAN PULAU PINANG (PPM-001-07-13102015) adalah sebuah pertubuhan yang menaungi RUMAH ANAK KESAYANGAN (RAK) PG0225608-X merupakan sebuah pertubuhan kebajikan yang  sudah memulakan perkhidmatannya sejak bulan Oktober 2008 di bawah pendaftaran anak-anak kesayangan dan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1  YB Dato‘ Hj. Rashid Hasnon pada 8 Disember 2013 berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan pada 13 Oktober 2015 .
Ianya menempatkan  anak-anak fakir miskin,anak yatim dan golongan yang layak menerima zakat (asnaf zakat) kategori  perempuan berumur 13 tahun sehingga 18 tahun .  Mereka dipimpin dan dipandu oleh tenaga-tenaga pengajar yang mengajar pelajaran akademik , asas Fardhu ain, asas pengajian al Quran, dan kemahiran hidup serta 2 orang penyelia penempatan/pengangkutan dan 1 orang jurulatih mata pelajaran kemahiran hidup yang berkhidmat sepenuh masa bagi memastikan kebajikan dan keperluan pelajar diuruskan sebaik mungkin. Mereka berkhidmat secara sukarela tanpa penetapan gaji atau imbuhan tetapi atas dasar keperihatinan untuk berkhidmat menjaga anak-anak yang sangat memerlukan perhatian , didikan dan kasih sayang.

PRINSIP PENUBUHAN
•            Mendidik pelajar agar menjadikan Allah sebagai tempat rujukan dengan mendekatkan diri kepadaNya kerana Dialah sebaik-baik pemberi rezeki dan amat belas kasihan kepada semua makhluk ciptaanNya.
•            Pelajar diasuh agar sentiasa bersyukur dengan nikmat Tuhan walaupun ditakdirkan kurang bernasib baik.
•            Motivasi pembangunan insan sentiasa diberi agar sentiasa bersemangat untuk membaiki diri serta bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu serta bercita-cita tinggi untuk mengubah hidup dan berjaya pada masa hadapan.

•            Mendidik dengan sunnah Rasulullah SAW agar mengamalkan akhlak mulia demi mengharap keredhaan Allah swt.

LATAR BELAKANG
Gejala sosial yang sedang melanda remaja muslim di negara kita sedang berada di tahap kritikal dan sangat membimbangkan. Maklumat  yang dipaparkan setiap hari meyakinkan kita bahawa arus kehancuran ini sedang semakin menguasai masyarakat. Jika sesuatu yang tepat tidak dilakukan, dikhuatiri kita akan terlambat dalam menyelamatkan generasi  muda negara dimasa depan.
Justeru, selaku anggota  masyarakat yang prihatin , serta mempunyai sedikit kesedaran dan keinsafan, pihak PKAKPP mengambil inisiatif untuk menjaga dan memberi pendidikan sewajarnya kepada anak-anak fakir miskin , golongan yang layak menerima zakat (asnaf zakat) juga anak-anak yatim yang dihantar ke PKAPP ini.

Mereka ditempatkan di RAK yang digunakan sebagai asrama dan sekolah (home- schooling).  Anak-anak ini dididik dan diajar agar menjadi insan yang kenal diri dan Penciptanya dan sentiasa bersangka baik dengan Tuhan. Mereka juga dididik agar berjiwa besar  dan bersedia untuk melalui apa sahaja ujian dan kesusahan yang dihadapkan kepada mereka kerana ujian dari Allah SWT kepada hamba-hambaNYA adalah mempunyai hikmah yang sangat banyak dan besar disisi Allah,  seterusnya diharapkan mereka akan lahir sebagai generasi berperibadi mulia serta mampu memajukan diri dan akhirnya akan memberi manfaat kepada orang lain di suatu masa nanti.

MATLAMAT
RAK merasa bertanggungjawab serta berazam dan bertekad untuk membantu sebaik-baiknya dan berazam bersungguh-sungguh dalam membangunkan segala keperluan dan kebajikan mereka yang dibela disudut lahiriah dan rohaniahnya. Seterusnya melahirkan mereka yang tinggi mindanya, tajam akalnya, berdisiplin jasmani dan rohaninya sehingga dapat menjadi role-model kepada rakan senasib serta memiliki jati diri serta jiwa yang kental sehingga mampu membela dan menaungi orang lain sebagaimana pembelaan yang telah mereka perolehi di sini.





 MISI/HASRAT DAN HARAPAN :
PKAKP  berhasrat membina hubungan yang erat dengan semua kelompok masyarakat agar dapat menjadikan amalan bertolong bantu serta berkasih  sayang sebagai satu agenda utama dalam mencapai kehidupan yang bahagia di dunia dan di akhirat. Hubungan sebegini akan mendorong golongan kaya berperanan sebagai  ‘bank kepada masyarakat’  dan mereka mampu menyelesaikan masalah orang-orang miskin dan yang memerlukan.  Pada ketika itu, suasana masyarakat yang berkasih  sayang akan menjadi meriah dan indah dengan sifat saling bantu membantu, bersama dan bekerjasama serta bergotong-royong dalam menangani dan menyelesaikan segala permasalahan didalam masyarakat.


 Masyarakat Islam akan bertambah maju dan kasih-sayang terjalin sesama manusia yang berbilang kaum dan agama. Hubungan golongan kaya dan miskin dirapatkan melalui rumah-rumah kebajikan seperti ini. Tiada jurang perbezaan antara  manusia serta tiada lagi jenayah dan gejala sosial yang berlaku akibat dari tekanan dan kesusahan hidup. Akhirnya wujudlah perpaduan dan kerjasama atas dasar cintakan Allah dan rasulNYA. Masalah masyarakat dapat diselesaikan hasil dari pemurahnya orang kaya dan hasil dari tawaduknya mereka. Inilah masyarakat yang diidam-idamkan oleh semua bangsa dan agama.

Gambar aktiviti